Saranan pakar untuk mendapatkan rambut panjang yang sihat dan bermaya, juga tips mengenal pasti rambut rosak

Saranan pakar untuk mendapatkan rambut panjang yang sihat dan bermaya, juga tips mengenal pasti rambut rosak

Tahukah anda bahawa lebih kerap anda mencuci rambut, maka lebih cepat ia akan berminyak? Ataupun anda boleh saja mengikut jejak langkah Kim Kardashian yang mencuci rambut setiap 5 hari, “Pada hari pertama, rambut saya dibuat gaya bouffant. Hari kedua, pendandan rambut peribada saya buat gaya yang lain. Hari ketiga, dia luruskan rambut saya. Hari keempat, rambut saya akan diikat. Dan pada hari kelima, baru saya mencuci rambut”, jelas Kim. Jelas sekali bahawa pakar dandanan rambut mempunyai rahsia dan kemahiran tersendiri.
Oleh itu, kami akan berkongsikan kepada anda 9 tips bagi mendapatkan rambut panjang yang sihat dan bermaya.

Syampu rambut seperti profesional.
  1. Suhu air perlu bersesuaian. Anda perlu membasahkan rambut beberapa minit dan pastikan rambut anda benar-benar basah.
  2. Picit sedikit syampu (syiling RM0.50) pada tapak tangan dan gosokkan pada kedua-dua tapak tangan. Kemudian, syampu rambut pada kepala daripada atas kepala hingga ke bahagian bawah.
  3. Bilas rambut. Pakar menyarankan agar cucian rambut perlu selama 5 minit. Syampu yang masih berbaki di rambut kerana tidak cuci dengan bersih boleh menyebabkan warna rambut menjadi kusam dan berkelemumur.
  4. Juga disarankan untuk membilas rambut anda dengan air sejuk kerana ia dalam menguatkan kutikel rambut dan mengekalkan kelembapan rambut.
Rancang penggayaan rambut.
Perancangan gaya rambut setiap hari dengan komplikasi yang semakin meningkat membolehkan kita kurang membasuh rambut dan kelihatan hebat setiap hari.
Ia berkesan dalam melawan rambut berminyak. Sage dikatakan mampu mengawal kelenjar sebaceous, melegakan kulit, dan merawat keradangan. Anda hanya perlu 4 sudu besar daun sage kering untuk satu l bahagian air panas (seperti membancuh teh). Setelah  sejuk, bilas rambut anda dengannya.
Jadual pencucian.
Jika anda membasuh rambut anda setiap hari, lebih baik anda ubah jadual anda kerana semakin lama, fungsi kalenjar sebaceous akan semakin menurun. Maka tidak ada keperluan untuk memulihkan keseimbangan kulit selepas mencuci setiap hari.


Syampu kering.
Adalah difahamkan bahawa penggunaan syampu kering yang sepatutnya adalah sebelum anda bersenam, bukannya selepas. Hal ini kerana jika selepas bersenam, rambut anda telah berminyak dan berpeluh. Jika sebelum, syampu kering mampu menyerap kesemua peluh semasa anda bersenam.
Sarung bantal.
Seronok betul jika berbaring di atas sarung bantal yang bersih. Hal ini kerana, sarung bantal menyerap sel epidermal dan kesan solekan seterusnya menggalakkan pembiakan bakteria. Bagi mendapatkan kulit dan rambut yang sihat, anda perlu tukar sarung bantal seminggu sekali. Jika rambut anda jenis berminyak, tukar dua kali seminggu.
Lemonade rambut.
Lemonade berkeupayaan melawan minyak berlebihan, dan memastikan rambut anda sentiasa segar dan bermaya selain membuatkan rambut anda kelihatan bersinar secara semula jadi. Anda hanya perlu memerah lemon pada satu bahagian air sebelum mengurut air berkenaan pada hujung rambut anda.
Gaya rambut.
Gaya rambut yang tinggi mengekalkan rambut seseorang agar lebih segar. Sekiranya anda berada di rumah, ikat atau sanggulkan tinggi  rambut anda dan buka ikatan sebelum anda keluar. Cara ini juga akan menambah sedikit volume pada rambut anda.
Rawatan mendalam pada kulit kepala.
Semua produk penjagaan rambut (masker, pelembab, perapi) hendaklah digunakan pada hujung rambut sahaja. Selain itu, masker kulit kepala juga diperlukan bagi mengekalkan hidrasi kulit supaya tiada sebum berlebih bakal dihasilkan. Dinasihatkan agar ia disapu pada bahagian belahan rambut dan urutnya pada kulit.
Bonus: Cara mengetahui rambut rosak.
Pakar dandanan Thomas Taw yang pernah bekerja untuk Sarah Jessica Parker, Blake Lively, Ellen Page, dan Jude Law menyarankan satu ujian mudah bagi mengetahui tahap kerosakan rambut anda. Anda perlu meletakkan sehelai rambut di dalam segelas air. Jika ia terapung di atas permukaan air, ia menandakan rambut anda sihat. Jika tenggelam, rambut anda nampaknya memerlukan rawatan.
Sumber: brightside.me
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==